Khamis, 18 November 2010

Lady Gaga belanja AS$5,000 tempah ‘pendinding’ dari roh jahat


hanya kerana mempercayai dirinya dipengaruhi roh-roh jahat, Lady Gaga sanggup mengeluarkan belanja sebanyak AS$5,000 untuk mereka satu pakaian khas seperti penghalau hantu bagi memastikan dirinya tidak diganggu roh jahat.

Sumber terdekat dengan penyanyi itu berkata, Gaga tidak kisah mengeluarkan sedikit wang asalkan dia dapat mengelak dari diganggu roh-roh jahat ketika membuat persembahan di London malam semalam.

Penyanyi yang popular dengan lagu Bad Romance, Paparazzi dan Pokker Face ini tidak kisah untuk bergaya pelik walaupun mendapat pandangan sinis dari sesetengah pihak.

Sebaliknya, anak kelahiran New York, Amerika Syarikat (AS), itu dilihat semakin galak menerokai fesyen pelik dan misteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan